Gali, Jerit, Lalu Kambus Lubang Itu

Ini pada tahap yang paling kronik. Depressi paling tinggi pernah dia hadapi. Sampaikan rasa badan mengikut perasaan hati.

Tidur walau tidak mengantuk lalu bangun dengan perasaan tidak senang.

Makan kerana mengikut jadual tetapi tidak kenyang.

Murad tidak pandai bila melibatkan emosi. Dia tidak tahu bagaimana lagi mahu mengadu. Bukan semua orang bijak untuk memahami. Ianya semua tentang mendengar dan memahami, penyelesaian bukanlah apa yang dimahukan.

Terasa kosong. Hilang arah. Murad pilih untuk teruskan apa yang dia mahu buat walaupon itu bukanlah perkara yang dia mahu buat. Bukan tiada pilihan cuma dia fikir terlalu banyak. Dia merancang kehidupan dia.

Kehidupan sepatutnya dihidupkan. Biarkan ia berjalan sendiri.

Dia sedar apa itu dunia yang sebenarnya. Dia depress.

Ini pada tahap yang paling kronik. Depressi paling tinggi pernah dia hadapi. Sampaikan rasa badan mengikut perasaan hati.

No comments: