Telefon lampu suluh sudah lama bersama tuan nya. Beliau sering menjadi orang tengah antara tuan beliau dan keluarganya. Beliau juga yang mengejutkan tuan nya setiap pagi. Beliau juga selalu mengingatkan tuan nya terhadap kerja kerja serta perkara perkara harian dalam hidup tuan beliau seharian.
Tuan beliau seorang lelaki yang baik hati. Menyanyangi beliau seperti barang barang lain disayangi tetapi telefon lampu suluh merasakan diri beliau istimewa kerana beliau sering mendampingi tuan beliau.
Walaupon tuan nya seorang yang pemurah dengan senyuman namun beliau sering terlihat sugul tuan nya bila keseorangan.
Tuan nya sunyi.
Suatu petang dengan hujan lebat, tuan nya sunyi lagi. Seorang diri di rumah. Beliau cuba memujuk tuan nya
"Tuan, gunakanlah aku. Capailah seseorang bercakap dengan mereka."
"Siapa tuan tanya kepada saya?"
"Mungkin manusia dengan nama haiwan zaman jurasik itu"
"Kenapa dia tuan tanya? Sebab mesej mesej beliau seperti mengambil berat terhadap tuan."
Tuan nya pon mengangkat beliau lalu mencari nama manusia yang dinamakan dengan haiwan zaman jurasik. Tuan nya tekan butan panggil.
Panggilan tercapai dan cuma menunggu untuk diangkat.
***
Kerana cerita ini bukanlah sebuah cerita dengan happy ending, senang cerita selepas beberapa kali percubaan tuan nya kembali merenung rintik rintik hujan di luar tingkap.
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment