Rahsia Petang Rabu

Selama ini Roy asyik tertanya tanya, kemana J menghilang setiap petang Rabu?

***

Roy dan J kawan rapat. Mereka berkawan sejak daripada zaman belajar di kolej. Berasal daripada negeri yang sama dann mereka terus bersama berkerja di bangunan yang sama. Jadi mereka memahami antara satu sama lain

Setiap hari Rabu tepat pukul enam petang J akan tergesa gesa log keluar dan terus bergerak keluar dengan keretanya. Roy berasa hairan kenapa J sentiasa cemas dan mahu cepat pada petang Rabu dan apabila pulang semula ke tempat kerja dia akan muncul dengan senyum lebar berserta dengan perasaan lega.

Disini timbul rasa syak wasangka pada hati Roy dengan apa yang J lakukan setiap petang Rabu. Maka, pada satu petang Rabu, Roy dengan senyap dan berhati hati mengikuti J daripada belakang. Roy membontoti kereta J daripada jarak yang selamat. Dia mempraktikkan segala skill mengekor orang seperti yang ditonton di dalam wayang. Dia juga sentiasa memeriksa agar tidak buat kesalahan seperti watak jahat dalam filem ketika sedang mengintip hero.

Sampai di satu simpang tiga berlampu trafik, J belok ke kanan. Namun Roy tidak dapat terus mengekori J kerana lampu sudah merah. Roy hampa lalu terus dia berpatah balik ke tempat kerja. Dia menanti J di perkarangan parkir. Dia tekad untuk mengorek rahsia petang Rabu J.

Sebaik sahaja J sampai ke perkarangan parkir Roy terus menjengah beliau. Roy memancing cerita daripada J sambil sambil melihat ke dalam kereta J dan disitu beliau nampak suatu benda yang memeranjatkan. Benda yang membuat J sentiasa cemas dan tergesa gesa pada petang Rabu. Benda yang menjadi rahsia buat J selama ini.

Roy terus berhenti bertanya. Dia senyap tidak berkata apa apa. Sambil menghembus asap rokoknya dengan muka yang tenang dia berkata

"Baru kini aku tahu rahsia kau J..."

J tercengang. Beliau mula berpeluh dingin. Rahsia apa yang Roy tahu? Adakah rahsia petang Rabu beliau. Jikalau ya, bagaimana Roy boleh tahu. Beliau cukup berhati hati dalam beliau mengorak langkah beliau. Sambung Roy lagi

"Rahsia kenapa kau nak balik cepat petang Rabu dan kenapa kau tak nak orang lain tahu..."

Tekaan J betul. Kini Roy sudah tahu rahsia petang Rabu J. Rahsia yang selama ini tertutup rapi kini sudah terbongkar. Ianya hanya menunggu masa untuk Roy katakan. Beliau tidak pilihan lain untuk membenarkan kata kata Roy jika benar rahsia itu sudah diketahui.

"Tiada apa hendak dimalukan. Badan kau baragas begini aku faham. Ini rahsianya ya?"

Roy menghembus sudah asap rokoknya selepas bercakap. J hanya memandang tepat ke mata Roy. Roy sepetkan matanya memandang J yang terkunci mulutnya.

"Tiada apa hendak dimalukan. Tidak perlu dirahsiakan. Makan ulam ulaman itu baik untuk kesihatan."

Kata Roy. Suasana senyap seketika. Roy mula senyum mengejek. Beliau menahan. Terus bertukar kepada senyuman meringai lalu beliau terus ketawa besar. Terbahak bahak.

"Kahkahkahkahkahkahkahkah!!! Badan baragas!! Muka ganas!! Tapi pergi pasar beli ulam plastik besar!! Kahkahkahkahkahkahkahkahkah!!"

J senyum kelat. Jelas beliau kecewa kerana rahsianya sudah terbongkar. Kini beliau terpaksa menghadapi hari hari yang mendatang dengan ejekan tentang pasar malam, beli ulam, dan juga juga amalan petua orang orang tua.

Dalam sama bergelak ketawa dengan Roy, J berkata di dalam hati

"Jimbit!!"

No comments: