Apa yang patut dia pilih?
Mendengar nasihat daripada daripada Count Olaf itu betul juga. Tapi Count Olaf yang kononnya cuba menjadi penyokong kepada cinta cinta anak muda masih juga solo. Cuma status terunanya menjadi tanda tanya. Entah ada lagi atau tidak. Bahkan Count Olaf itu sendiri kadanga kala tidur bermimpikan gadis gadis lamanya. Kemudian mengadu rindu.
Kalau difikirkan orang orang sebegini nasihatnya berguna kerana pengalaman. Seorang pencuri kalau memberitahu kau jangan mencuri, kau pasti akan bantah dengan berkata sedangkan kau sendiri pencuri. Tapi kalau pencuri itu kata jangan mencuri dan akibatnya, kau pasti akur. Kerana kau tidak mahu apa yang dia rasa itu kau rasai.
Jadi, walaupon Count Olaf berkali kali putus cinta dan masih lagi solo. Juga kadang kala bau syampu pon boleh buat beliau mengenang cinta dahulu, kata katanya ada betul. Sebab beliau belajar daripada kesilapan.
Kadang kala kita perlukan martyr untuk mengajar masa hadapan.
Dan Count Olaf merelakannya.
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment