Lelaki ego tinggi. Aku pasti sebab aku lelaki. Kawan kawan perempuan aku pon kata lelaki ego tinggi. Menambahkan lagi keyakinan aku.
Lelaki lebih sanggup berdiam diri atau membantah bukan sebab dia betul tapi sebab ego yang mereka ada. Mereka rasa mereka superior.
Dengan ego yang mereka miliki, lelaki susah nak memuji atau mengakui seuatu yang takjub bagi orang lain. Bagi mereka tiada sebab untuk mereka puji atau mengakuinya sebab seperti yang aku katakan sebelum ini - mereka rasa mereka superior.
Tapi bila mereka, lelaki, memuji atau mengakui sesuatu sifat atau perbuatan itu menunjukkan yang mereka memang kalah kepada sifat atau perbuatan itu. Menunjukkan sesuatu yang lebih superior daripada mereka sudah muncul. Mereka terpaksa runtuhkan tembok ego mereka dan bersetuju dengan yang lain bahawa sifat atau perbuatan itu memang berhak mendapat pujian atau pengakuan daripada mereka.
Sebab itu aku rasa bangga sejak daripada tadi bila mana aku dipuji kacak oleh lelaki. Bukan seorang tetapi tiga orang yang mengakuinya. Aku tak kesah kalau mereka mempunyai selera songsang sekalipon, kalau lelaki puji kau, kau mesti bangga.
Aku naik Putra pon terpaksa duduk dua seat untuk tampung kebanggaan aku.
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment