Pending at Taman Unirversiti

Sampai di hujung lorong Jalan Cerdik 1, gua telefon Emoon.

"Hello", panggilan gua terjawab dengan bunyi bunyi deruan angin.

Kalau panggilan kita dijawab dan bunyi latar belakang adalah deruan angin bagi gua itu adalah petanda. Petanda sama ada orang itu atas motor menjawab telefon atau sedang menjawab telefon sambil mengadap kipas speed 3.

"Hang kat mana?"

"Aku on the way ke Amir Ali"

15 minit kemudian gua sampai ke rumah.

Terima kasih kepada syarikat Telko C kerana menaja gua trip ulang alik yang sia sia.

Celaka!!

1 comment:

Emoon Zulhilmi said...

aku ingat detik ni..
haha