Kertas Warna Warni

Sejak aku asyik dengan berkerja, terasa bagai kreativiti aku tersekat. Jadual waktu juga sama.

Penulisan. Gambar. Contengan. Membaca. Semuanya semakin kurang sejak berkerja. Input yang asyik aku telan dahulu bagai sudah hilang. Kini tiada output untuk aku hasilkan.

Aku tak tahu kenapa aku boleh bertahan, mungkin semuanya kerana 'tuhan' di dalam beg duit. Celaka!!

Sekarang, aku cuba susun balik jadual hidup aku walaupon terhad pada waktu malam sahaja. Hujung minggu pon aku akan cuba kurangkan berkerja, lebihkan bersosial.

Aku memang cukup letih menghadap hari hari yang serupa setiap hari. Terasa bagaikan setiap hari aku replay benda semalam. Sama. Suram.

Jadi untuk menaikkan semangat aku semula, aku perlukan sokongan. Sokongan daripada keluarga sudah tentu. Sokongan daripada kawan kawan memang kuat (aku kerja kuat sebab nak belanja korang, faking). Aku perlukan satu bentuk sokongan baru yang padu dan unik.

Dan untuk mendapatkan sokongan yang sebegitu rupa, aku akan memulakan langkah dengan mengajak awek bernama Trainee (nama itu yang tertulis di tag nama beliau, manis) yang aku stalk setiap hari, keluar bertemu janji.

Aku tak kisah untuk keluarkan sepuluh ringgit setiap hari untuk lepak kedai tersebut semata mata untuk bertemu beliau (tengok sahaja, cakap tak berani lagi). Tuhan tuhan dalam beg duit tu bukan boleh tolong jawabkan dalam kubur nanti ye dak?

No comments: