1. Projek baru masuk. 11 biji. 2 biji pertama perlu disiapkan sebagai rujukkan dan juga untuk latihan.
2. 2 biji mesin itu telah menjadi neraka buat kami. Pengurus kami mahu pendawaian dan juga modul mekanikal siap dalam masa satu minggu.
3. Kerja melebihi lapan jam sehari. Sabtu ahad tidak wujud dalam kamus hidup kami.
4. General pulak masuk hospital. Dia kata sakit dada biasa. Doktor kata serangan jantung. Mana satu nak percaya?
5. General dengan hospital memang tak ngam. Ibarat air dan minyak. Ayat General kepada semuanya adalah pergi mampus. Mungkin dalam English lebih enak bunyinya, fakof!!
6. General dapat discharge awal daripada hospital. Dapat MC dua bulan. General kata dah tak payah nak apply cuti raya, yesss!!!
7. Bulan tujuh banyak road bumps. Tapi perjalanannya masih menyeronokkan.
8. Masih lagi mencari cinta. Orang kata peluang itu cuma di depan mata, kita yang tak nampak. Mungkin sebab masa tu aku tak pakai spek mata.
Aku rasa cukup lapan isi penting. Daripada situ mungkin boleh dapat empat ke lima perenggan karangan tak masuk pendahuluan dan penutup.
No comments:
Post a Comment