Ada hari yang akan kau lalui kau rasa sungguh berkeyakinan. Kau rasa semua yang kau buat betul. Semua menjadi. Bila tengok cermin kau rasa sungguh berkuasa. Bukan sahaja kau rasa begitu malah orang yang bersama sama dengan kau juga rasa begitu. Macam ada suatu aura yang membawa kepada perubahan.
Aku lalui hari itu hari ini. Aku sungguh bersemangat. Buat kerja dengan keyakinan. Bila berjalan hanya gunakan hujung hujung jari kaki dengan sedikit melompat lompat. Rasanya setiap langkah yang aku tinggalkan tumbuh rumput menghijau serta bunga bunga. Burung burung comel berwarna warni turut sama terbang di belakang aku. Setiap gerakan aku ada irama. Ada musik latar. Semua nampak indah indah di sisi aku. Orang hodoh semua ingin berdamping dengan aku.
Pukul tiga petang. Aku hendak buat nombor dua. Berjalan dengan gaya riang ria sambil tangan berayun ayun. Bibir tak rasa letih aku keraskan untuk bersiul siul. Aku duduk dan semuanya berjalan dengan lancar. Bahkan ruang letak kubikel kubikel itu berbau wangi bukan busuk seperti biasa. Dan aku rasakan ruang itu sungguh mesra.
Bila mana urusan sudah selasai aku berdiri untuk mengemas diri. Bukan kebiasan aku untuk memandang ke arah bawah. Selalunya bila sudah siap lap kering kering aku bingkas bangun dan kemaskan pakaian aku, basuh tangan dengan sabun, keringkan dan berjalan keluar sambil tersenyum riang. Tapi hari ini. Hari ini mata ini ingin memandang ke bawah dan itu dia. Sesuatu yang mengejutkan. Semua semangat yang terbina pada hari itu musnah. Semua sekali musnah. Rumput rumput hijau yang tumbuh dengan bunga bunga pada setipa langkah aku tadi mati. Burung burung comel warna warni yang berterbangan dengan aku tadi mati. Kerja kerja yang aku buat semua rosak. Semua sudah jadi tidak kena.
Aku dapat rasakan ada awan mendung pekat hitam atas kepala aku. Dengan kilat sambar menyambar serta guruh. Air hujan turun gerimis. Aku rasa hina. Sudah dapat dibayangkan mata mata manusia yang akan memandang rendah pada aku. Aku jadi panik. Apa patut aku buat. Aku pasrah akhirnya kerana aku ada kerja yang perlu diselesaikan. Biarlah orang menghina aku. Biarlah orang mengutuk aku. Aku rela. Keputusan aku, hidup aku.
Lalu aku teruskan menyarung seluar dalam yang aku pakai terbalik itu. Sarung seluar. Dan terus berjalan keluar. Aku basuh tangann tanpa sabun.
2 weeks ago
No comments:
Post a Comment