Burung merpati itu hingga di tingkap. Ber-kur-kur dia berbunyi sambil kepalanya digerakkan ke depan dan belakang. Sesekali mengibas kepaknya kerana ketiaknya berpeluh.
Ah! Ada utusan sampai, kata Shukri. Dia berjalan ke arah burung merpati itu lalu diangkatnya dan membuka ikatan benang merah di kaki burung tersebut. Dia ingin mengambil surat kecil yang terselit rapi. Burung merpati itu pon bergelut gelut di dalam pegangan Shukri, buka kerana tidak suka dipegang cuma dia berasa geli bila Shukri membuka benang merah itu.
Merpati itu diletak kembali di tingkap. Shukri membuka surat kecil. Dia terkejut!!! Tulisan di dalam surat itu terlalu kecil. Font 4 barangkali. Sudahlah kecil guna Comic Sans pulak tu, getus Shukri sedikit marah.
Di ambilnya kanta pembesar lalu membaca tersebut. Lagi dia bertambah marah.
Bodoh apa tukar waktu temujanji lepas subuh!!! Bentak Shukri tetapi hendak tak hendak dia terpaksa setuju.
Seketika kemudian burung merpati itu tidak pulang ke tuannya tetapi duduk di dalam perut Shukri menanti untuk di proses asid gastrik.
3 weeks ago
No comments:
Post a Comment