Sayu

Lima tahun pertama aku di dunia. Aku tinggal bersama opah dan arwah atuk aku. Aku rapat dengan mereka sebab aku cucu sulung. Tidaklah aku dimanjakan cuma segala asas ilmu dunia dan agama aku datang daripada mereka.

Kini masa untuk balas budi mereka. Memang tidak terbalas tapi aku buat apa yang aku mampu. Hari minggu kalau tiada apa aku akan ziarah opah. Kalau giliran ibu jaga opah aku turut serta.

Opah sudah jadi bayi semula. Ini masa dia untuk uji kesabaran kita. Tengok mampukah anak anak dan cucu cucu untuk menjaga beliau. Padahal masa sebelum ini beliau bersahaja menjaga kami semua.

Aku tidak merungut cuma aku marah pada diri sendiri kerana tidak luangkan lebih banyak masa untuk beliau. Sementara hayat beliau ada aku akan buat sedaya upaya. Aku tidak mahu nanti aku rasa menyesal paling sesal sebab tidak cuba membalas budi beliau.

Tiba tiba aku terbayang hidup aku tanpa beliau. Aku menangis.

No comments: