Mistik 2

Aku rasa lemas kalau duduk dalam bilik di rumah tingkap tertutup. Aku suka tingkap terbuka. Tak kira siang malam. Aku suka bau angin yang masuk. Aku suka dengar bunyi bunyi alam waktu malam. Aku suka nak tengok pemandangan.

Walau waktu tidur sekali pon tingkap bilik aku biarkan terbuka. Tabiat ini aku terbawa bawa ke sini bila aku duduk sebilik dengan K. K tak suka tingkap terbuka. Lebih lebih lagi waktu malam. Dia kata sejuk dan nyamuk. Bila nak tidur dia suruh aku tutupkan tingkap. Tapi selalunya aku tak endahkan.

Tadi ada bunyi kucing berlari lari. Kemudian bunyi kucing bergaduh. Kuat. Macam dekat sahaja.

K di sebelah menjeling ke arah aku. Aku perasan tapi buat buat tak tahu. Aku dapat rasakan dia sudah mula rasa seram.

Mesti dia nak suruh aku tutup tingkap. Harapan.

No comments: