KBKK

Kau kena peka dengan sekeliling kau. Cepat berfikir. Gunakan apa yang ada. Kreatif dan kritis. Contoh, mempergunakan anak orang untuk mendapatkan anak orang lain.

***

Ada budak kecik bertenggek depan kaunter. Kemudian dia berlari ke arah rak mainan. Aku tengok tiada pelanggan lain selain daripada aku. Kalau ada pon manusia cuma perempuan di sebalik kaunter bayaran.

Muda. Kulit muka bersih. Badan langsing. Dan datang kerja bawak anak. Aku suspek dia MILF. Sungguh singkat pemikiran aku.

Selepas ditampar oleh pemikiran logik, otak aku memproses semula. Mana ada orang kerja cashier Seven-E nak bawak anak. Macam tak ada orang lain nak babysit. Jadi maknanya budak itu adalah anak orang lain yang dekat dekat situ jugak yang sudah biasa masuk Seven-E untuk window shopping.

"Anak ke?"

"Eh tak la. Anak orang kedai makan hujung sana."

Dia jawab tersipu sipu. Aku senyum jahat.

"Ingatkan bawak anak datang kerja tadi."

"Mana ada! Orang baru habis SPM."

"Owh......Esok free?"

"Amek la nombor fon saya."

***

Ingat. KBKK. Praktikkan.

1 comment:

Pan said...

kuat sgt berangan.