Gua Mahu Bonus

Terputus bekalan internet sejak hari Ahad, hari Khamis aku ambil keputusan untuk pulang ke rumah. Hari Jumaat, B kata esok kena masuk kerja.

Occay. Sekarang aku sudah terputus bekalan internet selama seminggu. Aku tak kesah pasal pon pasal laman web sosial. Yang aku kesahkan adalah info info yang aku perlu baca untuk sentiasa atas-untuk-tarikh (uptodate). Juga episod yang aku wajib tonton setiap minggu tak di muat turun lagi.

Balik ke rumah adalah satu alasan yang relevan kerana di rumah ada talian internet dan ianya laju-kawasan aku duduk sekarang kelajuan dia suck, maksud aku sungguh suck. Jadi aku ada sebab kukuh untuk tidak datang kerja pada hari minggu, walau pon B nak hari Isnin mesin sudah siap sedia untuk di debug.

Terus kepada poin.

Adakah syarikat tahu tentang rancangan aku untuk tidak datang pada hari minggu lalu dengan kadar segera mengugut syarikat talian telefon supaya menyambung kembali secepat mungkin talian internet ke kawasan aku tinggal supaya aku tiada alasan untuk tidak datang kerja pada hari minggu?

No comments: