Bulan Hantu [Kena Rantai]

Ah Tak tersengih depan gua. Pakcik guard tanya "Lu tak join sama ka?" dalam pelat cina.

Ah Tak cakap dengan pelat melayunya dalam bisik. Walau pon dengar tak dengar bisik dia tapi daripada gerak mulut dia, gua sama pakcik guard boleh tangkap.

"Saya tak percaya la"

Kemudian dia datang lagi dekat supaya kami boleh dengar dengan jelas apa yang dia cakap. Mungkin dia perasan kami agak susah hendak faham kalau dia berbisik lagi lagi dalam pelat melayu nya.

"Ini semua karut maaaa...Hahahahaha". Kata kata Ah Tak di sambut dengan ketawa kami. Ah Tak ketawa sambil kayuh pulang.



Ah Tak antara jurutera yang gua respek sebab dia sentiasa rendah diri dan ramah. Dengan mata ke dua dua belah juling gua tak akan dapat agak mana dia pandang ketika bercakap dengan gua. Berjalan dengan keadaan tempang, Ah Tak pergi dan balik kerja berbasikal.

Paling gua respek dia akan tanggal 'jaket jurutera' dia, tukar shirt sama seluar pendek, sarung selipar jepun, beg letak belakang basikal kemudian kayuh balik. Ibarat dia meninggalkan segala tekanan dan pangkat jurutera beliau di kilang tersebut dan pulang sebagai orang yang biasa biasa sahaja.

Ah Tak juga lulusan luar negara dan lancar 'kecek' kelantan.

Beberapa minit sebelum itu gua dengan pakcik guard cuma perhatikan sahaja perkerja perkerja bangsa cina tempat gua menjalani latihan industri keluarkan kertas warna warni. Semua di situ agak berpangkat, daripada bos bos besar ke paling paling kecil juruteknik. Gua dapat agak yang mereka sedang melakukan ritual amalan nenek moyang mereka. Gua tahu mereka semua terpelajar tetapi percaya kepada benda benda tahyul, namun itu semua sudah jadi kepercayaan mereka.

Lepas mereka head banging dengan batang batang colok, pembakaran kertas kertas berwarna warni pon bermula. Gua fokus tengok amoi amoi yang galak mengalak bahang api sebab nak jaga kulit. Memang berdebar gua-tengok amoi-sambil berdoa agar guard kilang depan tak buat laporan polis tentang pembakaran terbuka depan pagar kilang.



"Apahal tu?" muncung driver gua. Dia sampai selang Ah Tak pergi.

"Sambut awal bulan ghost festival" gua jawab berlagak pandai. Padahal gua pon baru tahu lepas gua tanya pakcik guard apasal dia orang buat pembakaran terbuka depan kilang.

"Huh!!! Kita start puasa diorang start bulan hantu. Hantu kena rantai la weh!!"

Celaka, baru gua ingat esok dah puasa. Nasib baik tadi gua dah puas tengok amoi amoi main api depan pagar kilang.

Selamat Berpuasa

4 comments:

Qib said...

haha, banyak hantu nanti. Tengoklah nanti, hehe. Basikal tak dapat lagi ke? Siap driver, keh ;)

FAZ said...

Gua berdoa untuk basikal terus dia hantar driver untuk gua.

*Cerita Sebenar
Membe serumah praktikal juga. Tempat masing masing dekat. So, penjimatan berlipat lipat kali ganda. Basikal tunggu duit raya.

Qib said...

Advanced tu, heh. Bagus dapat penjimatan dalam bulan Ramadhan ni.

Tunggu siapa dapat basikal dulu nanti, kehkeh ;)

Qib said...

Yaw dude, I'm back. Visit me :)