Lorong rumah gua jalan mati. Pada hujan jalan antara pertemuan dua buh rumah yang terakhir ada sepohon kayu yang daunnya rimbun. Lebat buahnya serta bunganya. Walau pon hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya. Eh celaka!! Menyanyi plak....pokok tu riwayatnya tak lama sebab tumbang dipukul ribut pada tahun 2005. Pokok itu adalah 'POKOK CERI DALAM KENANGAN'.
Walau pon beliau adalah sepohon pokok ceri namun beliau tetap memberi kecerian kepada hidupan di sekeliling beliau. Kawasan tersebut menjadi redut apabila tengah hari dan pada waktu petang ianya menjadi tempat santai para ibu ibu bergosip. Dahannya menjadi tempat tinggal para burung, tupai, keluang, musang dan pelbagai lagi spesis haiwan yang menyorok ketakutan kalau nampak kami (budak budak lorong).
Buah buah ceri yang dihasilkan menjadi makanan haiwan dan kadang kala di beri 'makan' oleh kami sebagai peluru senapang. Tetapi janganlah anda takjub membayangkan buah ceri tersebut. Ianya tidaklah besar seperti yang ada di atas kek yang anda selalu lihat. Saiznya cuma kecil sahaja apabila ranum dan tidaklah merah menyala warnanya. Gua syak ceri atas kek itu adalah ceri ceri yang jenis cucuk steroid.
Gua pada ketika itu entah darjah berapa selalu lepak dengan Itam yang setahun tua daripada gua dengan abang beliau Aus yang dua tahun tua daripada gua. Gua lagi rapat dengan Aus sebab jiwa dia dengan gua sama. Gua tak beberapa rapat dengan Itam sebab entah...Mungkin gua terikut ikut perangai Aus yang tak sebulu dengan Itam dalam semua hal kecuali hal hal Play Station.
Masa tengah lepak atas dahan pokok cari sambil petik buah buah yang ranum untuk di makan, Itam kata pada gua
"Kau petik sekali buah yang hijau tu?"
Gua yang ketika masih mentah melawan, berani dia perintah gua ya
"Apasal pulak?! Yang hijau tu kan tak masak lagi"
Dia jegil gua. Lalu dia datang dekat pada pohon yang tengah gua berdiri
"Bodohlah kau ni!!! Yang hijau tu memanglah tak masak lagi tapi kau petik bawak balik suruh mak kau masak. BODOH!!"
Gua pandang Aus. Gua tengok dia tengok khusyuk melangut layan komik. Gua percaya.
***
Beberapa tahun kemudian baru gua tahu yang buah kalau tak masak lagi kalau kau masak memang tak akan masak. Macam setan!!!
3 comments:
Syahdu betul kisah pokok ceri tu ye. haha. Takpe, hidup budak budak lorong! :D
Generasi sekarang lagi hebat sebab tingkatan 1 dah lagi tinggi daripada aku.
Cis!!
Budak sekarang sumbat tebu dalam mulut, itu pasal terlebih tinggi, haha.
Boleh lah kutip ceri banyak2 dengan senang hati mereka, cet!
Post a Comment