Papan Luncur

Gua memang suka tengok orang main skate dan gua anggap skaters itu cool.

Gua ada keinginan juga nak try skating namun apa kan daya, darah bola sepak memang kuat mengalir dalam tubuh gua.

Tapi sebenar itu alasan sebab gua tak boleh nak tahan injured dia kalau silap langkah masa nak land trick. Lagi lagi kalau trick jenis grind kat railing. Kalau tersentak celah kangkang kat situ. Perghhh!!! Mau pecah testikel, mandul.

Tapi bagi gua skaters memang cool. Tak kiralah daripada segi pemakaian ke, style diorang jam buat trick ke, mahu pon kencing tepi padang sekali pon gua anggap cool.

***

Masa tu gua tengah sembang skate tepi padang sambil pakai boot siap siap nak menyepak kaki orang dan juga bola.

"Aku tengok deck dia smart doh...."

"Ala, dia angkat deck tu dari brother yang tinggi gelap gelap tu" balas member gua.

Kemudian mencelah Sanggi, nak sembang skate.

Sanggi ni panggilan dia agak kepewiraan jugaklah. Orang ingat panggil Sanggi sebab dia tinggi lampai, jadi daripada Sang Tinggi jadi Sanggi. Padahal nick tu derive daripada nick panjang dia dia Sang Gigi atas sebab gigi dia yang agak menonjol keperibadiannya.

"Lu orang nak deck ke? Gua ada banyak la deck...."

"Yeke?!" serentak gua dan member gua membalas teruja. Ni koman koman kalau dia bagi satu dapat gak lah jam sekali skating. Kongsi kongsi la guna ye dak.

"Lu cakap lu nak deck apa? Cakap!!" sambung Sanggi mendabik dada,

"....deck kapal, deck pokemon. Hah!! Lu cakap!!"

Nasib baiklah gua tak habis siap pakai boot lagi, kalau tak mau gua drop kick mulut dia kasi normal.

3 comments:

Qib said...

Jom skate! Gua dah 3 bulan tak main, haha

Rajuna said...

gua ada deck gak.

deck vcd jenama meck.

FAZ said...

Aaaaa....double decker ada?