Marah Pasal Tidur

Kalau cuaca cerah terang benderang, court mesti kering.

Cuba kau bayangkanlah nikmat dia main 'five on five'.

Dengan tempo laju-sebab court kering. Masing masing tunjuk skill. Main passing kasi control game. Ada masa kena main robust jugak-kami sebut main parap. Semua nak 'King'.

Sebab 'King' boleh duduk dalam court lama lama, baru puas.

Sambil sambil tunggu giliran kau boleh main main dulu dekat tepi. Timbang sepak terajang dulukan. Gelak gelak. Kutuk orang. Provokasi. Kasi 'koyak' mental orang dalam court.

***

Gua bangun tadi dah pukul enam dua puluh petang, gua memang terus jadi baran campur bengang.

Cuba kau bayangkan. Bangun enam dua puluh, mana nak Asar lagi, nak siap lagi, lepas tu nak jog ke court. Koman koman sampai dah nak enam empat puluh. Sampai sampai bukannya kau terus ada team dapat main. Main masukkan je kan ada yang perang mulut.

Ini yang buat gua baran ni. Mesti lajaknyalah kalau tidur petang. Orang orang dalam rumah macam tak tahu jadual aktiviti gua. Patutnya lima setengah dah kejut gua suruh bangun siap.

++Ayah gua nampak gua muka baru bangun tidur lepas tu tanya lagi kenapa tak pergi beraksi?

Lagi tambah baran gua.

No comments: